Saturday 24 November 2012

Masih lagi dalam mood spm
Masih lagi ada satu setengah kertas
Itu kata aku
Kata orang aku ada dua kertas

Aku dan rakan
Penutup untuk SPM
Penutup segala kertas
Penutup segala susah hati

Kertas terakhir yang payah
Kertas terakhir yang harap senang

Kenapa perlu baca banyak sedangkan yang keluarnya seketul dua. Syabas kau EKONOMI.


Friday 12 October 2012

GADUH SEKALI LAGI

Usah cerita pagi tadi macam mana. Dah serupa orang takda hati. Duduk termenung. Otak ligat fikir. Aku salah atau dia. Lepastu mulalah rasa sedih. Lepastu mulalah rasa nak tanam diri 7 kaki ke bawah.

Sunday 2 September 2012

MALU

Babi aku malu.
Ehh cilaka lah kenapa berlagak sastera.
Belajar bahasa pun tak pernahnya "A" ada hati nak bersastera.
Aku malu lah.
Ada orang dah perasan
Ada orang dah kata
Aku ni bangang ber-sastera.

Okay aku berhenti dan cakap dan taip seperti biasa.

Saturday 11 August 2012

TARAWIH SEMALAM

Selama aku hidup

Selama 17 tahun menjadi manusia


Selama ibu kenal perangai aku


Semalam adalah sejarah
Sejarah yang pertama kali
Sejarah yang mungkin diingati

Semalam pertama kali bertarawih
Semalam terasa benar ramadhan
Semalam hati rasa sayu hiba


17 tahun bergelar manusia

Semalam terasa ramadhan tahun ini lengkap segalanya 

Berbuka bersama keluarga yang disayang 
dan 
di cinta kawan 
yang diingati sahabat 
yang insyaAllah kekal sampai mati.

Saturday 21 July 2012

RAMADHAN Al-MUBARAK

Ramadhan yang dinantikan dah tiba
Dah masuk hari kedua ramadhan
Alhamdulillah hari pertama berjaya  ditempuh
Masih banyak lagi yang perlu dilalui.

Ramadhan tahun agak lain

Terasa lebih tenang
Terasa lebih sejuk hati
Terasa lebih lapang dada.


Ramadhan lepas pasti dirindui
Ramadhan lepas tanpa sikawan
Ramadhan lepas agak berbeza
Ramadhan lepas agak sepi

Ramadhan harini pasti diingati
Ramadhan harini ada sikawan
Ramadhan harini akan dirindui
Ramadhan harini ramadhan terakhir sebagai pelajar.

Tuesday 26 June 2012

REMUK HANCUR

Sakit hati
Mahu rasanya?
Ambil sebilah pisau
Hiris sahaja jari manis itu
Darah mengalir itu
Umpama sakitnya hati ini.

Terasa denyutan sakit?
Denyutan itu ibarat hati dicucuk
Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu.

Duduk terdiam
Menangis seorang
Terus menangis dan menangis.

Saturday 23 June 2012

KEJADIAN PAGI

Bangun tidur.
Bukak tingkap. 
Tengok padang belakang.
Masih hijau.
Hanya ada dua tiga ketul orang.

Mood berubah.
Niat terpasang.
Kata dihati
Nak kurus.

Bergerak ke tandas.
Basuh muka.
Gosok gigi.
Sarung seluar panjang.
Capai sarung kaki dilaci.
Pakai tudung.
Turun kebawah.
Bukak pintu.
Sarung kasut.
Regangkan badan.

Mulakan langkah
Sampai ke padang.
Hirup angin pagi.
Maka terjadilah satu transformarsi berlaku.

Monday 30 April 2012

KERASH

Mula-mula nampak dia masa dia form 1
Boleh tahan lah jugak dia
Tapi takda la suka gila
Suka biasa-biasa
Dan takda siapa tahu

Masuk sesi pagi/form 4
Dia pun baru jadi pelajar PMR
Dan yea, memang dia muda setahun
Dah mula sesi tegur menegur

Sekali tegur terus panggil dengan panggilan hormat
Jarang budak lelaki akan panggil sebegitu
Walaupun jarak setahun dua
Pernah jugak balik sama-sama

Tak pernah tau pun dia ada buah hati
Sekali dapat tahu, dah rasa patah seribu
*sila nyanyi lagu patah seribu*
Buah hati dia sekolah tu jugak
Dah mula cakap dalam hati yang dorang tak kekal

Pernah jugak jemput dia ke 'open house' masa raya
Siap tukar nombor telefon
Malangnya dia tak datang
Oh takpe mungkin dia sibuk

Selalu jugak menjengah FB dia
Saja nak tau pasal dia dan tengok muka dia
*kantoi sudah wieee*
Suka tengok dia senyum
Suka tengok mata dia

Masa jadi senior/sekarang/form 5
Jarak kelas dia dengan aku jauh gila
Tiada ucapan selamat pagi lagi dari dia
Tapi selalu nampak dia masa nak ke sekolah

Sekarang ni jarang dah tegur
Tegur pun masa rehat dekat kantin
Itu pun kalau takda buah hati dia
Selalu jugak nampak dia bawak bekal

Dia pernah cakap nak pindah sekolah
Mula-mula buat muka seposen dekat sekolah
Balik rumah je terus hujan turun
Kenapa hujan turun pun aku tak tau

Dia sebenarnya seorang yang setia
Setia dengan buah hati dia
Terlalu baik dengan buah hati dia
Sampai aku rasa dah putus asa menunggu

Terlalu berharap yang dia akan putus dengan buah hatinya
Tapi benda tu semua takkan jadi
Tahu pun sebab dia sangat baik dengan buah hatinya
Dan semestinya dia takkan buat pasal

THE END.

*akan cuba untuk tidak sukakan awak*

Saturday 31 March 2012

Penat dan Letih

Selama 3 minggu kalau tak silap berlatih kawad tapi bukan aku yang berkawad la. 
Aku cuma pengurus. Tengok dorang kawad pun dah buat aku letih. 
Berlatih punya berlatih sehingga tiba masa pertandingan.
Kawad dapat no 3. Itu dah kira bagus dan bersyukur sangat.

Tugas pengurus memang berat. Terkejar kesana kemari.
Penat sampai tak lalu makan. Tertekan sampai tak lalu makan.

Penat sampai keluar airmata. Tertekan sampai keluar airmata.
Kerja sekolah belakang cerita, memang tak pernah siap.

Sebelum dan selepas kawad memang penat.
Lagi-lagi bila fikir pasal pinjam meminjam.
Nak pinjam susah nak pulangkan lagi susah.
Tapi pengakhiran yang bagus.

Kami menang walaupun no3 

Wednesday 14 March 2012

Harini

Harini,

Mendung tanpa hujan.

Harini,

Lapar tanpa makanan.

Harini,

Bosan tanpa kerja.

Tuesday 13 March 2012

Senyum

Mulakan dengan senyuman untuk memulakan sesuatu.