Sakit hati
Mahu rasanya?
Ambil sebilah pisau
Hiris sahaja jari manis itu
Darah mengalir itu
Umpama sakitnya hati ini.
Terasa denyutan sakit?
Denyutan itu ibarat hati dicucuk
Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu.
Duduk terdiam
Menangis seorang
Terus menangis dan menangis.