Saturday 31 March 2012

Penat dan Letih

Selama 3 minggu kalau tak silap berlatih kawad tapi bukan aku yang berkawad la. 
Aku cuma pengurus. Tengok dorang kawad pun dah buat aku letih. 
Berlatih punya berlatih sehingga tiba masa pertandingan.
Kawad dapat no 3. Itu dah kira bagus dan bersyukur sangat.

Tugas pengurus memang berat. Terkejar kesana kemari.
Penat sampai tak lalu makan. Tertekan sampai tak lalu makan.

Penat sampai keluar airmata. Tertekan sampai keluar airmata.
Kerja sekolah belakang cerita, memang tak pernah siap.

Sebelum dan selepas kawad memang penat.
Lagi-lagi bila fikir pasal pinjam meminjam.
Nak pinjam susah nak pulangkan lagi susah.
Tapi pengakhiran yang bagus.

Kami menang walaupun no3 

Wednesday 14 March 2012

Harini

Harini,

Mendung tanpa hujan.

Harini,

Lapar tanpa makanan.

Harini,

Bosan tanpa kerja.

Tuesday 13 March 2012

Senyum

Mulakan dengan senyuman untuk memulakan sesuatu.