Monday 30 April 2012

KERASH

Mula-mula nampak dia masa dia form 1
Boleh tahan lah jugak dia
Tapi takda la suka gila
Suka biasa-biasa
Dan takda siapa tahu

Masuk sesi pagi/form 4
Dia pun baru jadi pelajar PMR
Dan yea, memang dia muda setahun
Dah mula sesi tegur menegur

Sekali tegur terus panggil dengan panggilan hormat
Jarang budak lelaki akan panggil sebegitu
Walaupun jarak setahun dua
Pernah jugak balik sama-sama

Tak pernah tau pun dia ada buah hati
Sekali dapat tahu, dah rasa patah seribu
*sila nyanyi lagu patah seribu*
Buah hati dia sekolah tu jugak
Dah mula cakap dalam hati yang dorang tak kekal

Pernah jugak jemput dia ke 'open house' masa raya
Siap tukar nombor telefon
Malangnya dia tak datang
Oh takpe mungkin dia sibuk

Selalu jugak menjengah FB dia
Saja nak tau pasal dia dan tengok muka dia
*kantoi sudah wieee*
Suka tengok dia senyum
Suka tengok mata dia

Masa jadi senior/sekarang/form 5
Jarak kelas dia dengan aku jauh gila
Tiada ucapan selamat pagi lagi dari dia
Tapi selalu nampak dia masa nak ke sekolah

Sekarang ni jarang dah tegur
Tegur pun masa rehat dekat kantin
Itu pun kalau takda buah hati dia
Selalu jugak nampak dia bawak bekal

Dia pernah cakap nak pindah sekolah
Mula-mula buat muka seposen dekat sekolah
Balik rumah je terus hujan turun
Kenapa hujan turun pun aku tak tau

Dia sebenarnya seorang yang setia
Setia dengan buah hati dia
Terlalu baik dengan buah hati dia
Sampai aku rasa dah putus asa menunggu

Terlalu berharap yang dia akan putus dengan buah hatinya
Tapi benda tu semua takkan jadi
Tahu pun sebab dia sangat baik dengan buah hatinya
Dan semestinya dia takkan buat pasal

THE END.

*akan cuba untuk tidak sukakan awak*